Pelancaran Program Budi Cemerlang

SMK Pokok Sena 2 akan melancarkan satu program yang dinamakan Program Budi Cemerlang. Tujuan program ini dilaksanakan ialah untuk menggalakan pelajar-pelajar menanam sikap suka menolong guru-guru. Setiap pelajar yang menolong guru akan diberikan sekeping kupon. Pelajar akan menyiompan kupon ini sehingga diberitahu akan dikutip. pelajar yang mencapai sesuatu target yang ditetapkan, akan diberikan ganjaran. Diharapkan dengan pelaksanaan program ini nanti, satu impak besar kepada sikap tolong menolong dalam kalangan pelajar.

Pengumuman

PROGRAM AL-FUTHUR MAAL INFAQ (SARAPAN PAGI SAMBIL MENDERMA)

24/09/2011 00:00
OBJEKTIF >Mengumpul dana bagi penambah baikkan peralatan dan kemudahan dalam  melaksanakan aktiviti kokurikulum serta meningkatkan tahap keceriaan sekolah   >Mewujudkan kerjasama yang erat antara warga sekolah (guru, pelajar, staff  sokongan dan pekerja...

Pertukaran Guru

30/12/2010 11:12
Adalah dimaklumkan bahawa 2 orang guru SMKPS 2 telah bertukar keluar dari sekolah ini. Guru-guru tersebut ialah Pn Rosadah Rashid yang bertukar ke daerah Kubang Pasu dan En. Abdul Rahim Ahmad yang diarahkan berkhidmat di PPD Kota Setar sebagai Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ICT di Unit ICT,...

CUTI UMUM

30/12/2010 11:07
      Sukacitanya Jabatan Pelajaran Negeri Kedah mengumumkan cuti umum pada hari Ahad bersamaan 2 Januari 2011 sempena kejayaan Pasukan Harimau Malaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. Sehubungan...

Pendaftaran Pelajar Sesi 2011

09/11/2010 10:19
Makluman kepada para waris dan ibu bapa.. Sesi pendaftara pelajar SMK Pokok Sena 2 akan dijalankan pada ketetapan berikut: Tingakatan 2 dan 4    : 27 Disember 2010 (Pendaftaran Semula)   Tingkatan 1             :...

Jualan Buku Di Kedai Koperasi Sekolah

09/11/2010 10:10
Kedai Koperasi Sekolah Menengah Pokok Sena 2 akan mengadakan jualan buku pada ketetapan berikut: Tarikh: 27, 28, 29 dan 30 Disember 2010 Masa  : 9.00 - 11.00 pagi Tempat: Kedai Koperasi Sekolah   Ibu bapa dan waris diminta prihatin tentang masa dan tarikh penjualan buku ini. Buku tidak...

Cuti Sempena Hari Deepavali

04/11/2010 08:32
Sempena Cuti Deepavali yang jatuh pada hari Jumaat, sekolah akan bercuti ganti pada hari Ahad 7 November 2010. Pohon maklumkan pada anak-anak dan kawan-kawan sekolah akan bercuti pada hari Ahad ini. Sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin 88 November 2010. Terima kasih.

Pembatalan Program Qiamullail 2010

04/11/2010 08:26
Program Qiamullail 2010 yang sepatutnya berlangsung pada hari ini 4 November 2010 telah dibatalkan. Ini disebabkan masalah kekangan masa dan ramai guru-guru yang terlibat dengan program ini terlibat dengan banjir. Pohon makluman kepada anak-anak yang terlibat. Terima kasih

Kemaskini Data Emis

27/10/2010 12:08
Perhatian kepada Guru-guru SMKPS 2: Guru-guru KPM kini boleh menyemak ketepatan maklumat peribadi masing-masing dalam EMIS Online dengan menggunakan LOGIN GURU. Guru diminta menyemak dan memaklumkan kepada Guru Data mengenai sebarang pembetulan. LoginID dan Kata Laluan untuk setiap guru adalah...

Program Qiamullail 2010

27/10/2010 12:05
Satu Program Qiamullai peringkat SMKPS2 akan diadakan pada 4 hingga 5 November 2010. pelajar akan melaporkan diri mulai jam 6.00 petang 4 November 2010.