Laman Web Dilancarkan

12/07/2010 10:02

Laman Web rasmi SMKPS 2 telah dilancarkan dengan rasminya pada 26 September 2010, Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh En. Osman bin Noor Timbalan PPD Kota Setar. Pada tarikh yang sama, satu program yang dinamakan Program Budi Cemerlang turut dilancarkan. Tujuan program ini diperkenalkan ialah untuk menggalakkan pelajar 'ringan tulang' dalam melakukan kerja-kerja amal semasa di sekolah seperti menolong guru serta rakan-rakan pelajar. Ini akan menanam semangat tolong menolong antara warga SMKPS 2. Pelajar-pelajar akan diberikan satu kupon jika mereka menolong guru dan perlu mengumpul kupon-kupon tersebut sehingga diberitahu akan dikumpulkan semula oleh guru-guru. Satu panel khas pemilihan akan memilih pelajar-pelajar yang mengumpul kupon tertinggi dan akan diberikan hadiah sebagai pendorong supaya mereka sentiasa mengamalkan semangat tolong menolong. Semoga program ini akan dapat menaam semangat tolong menolong antara pelajar tidak hanya di sekolah malah di luar waktu sekolah.