Selamat Datang Tuan Pengetua

02/09/2010 08:41

Assalamualaikum,, Kami warga SMK Pokok Sena 2 mengalu-alukan kedatangan Tn. Pengetua pertama iaitu Tn. Hj. Ramlee bin Mohamed Shariff. Semoga dengan kedatangannya akan melancarkan lagi pengurusan sekolah yang telah beroperasi tanpa seorang Pengetua. Selamat Datang Ayahanda Tn. Hj. Ramlee. Satu majlis sambutan sempena kedatangan beliau akan diadakan pada hari Khamis 2 September 2010 di dewan Besar SMKPS2. Semua pelajar dan guru SMKPS2 terlibat dalam majlis ini. Kita akan mendengar amanat pertama pada hari pertama beliau melaporkan diri di SMKPS2 . Turut sama diadakan majlis penyampaian duit raya kepada pelajar SMKPS 2. Selamat Datang Tuan Pengetuan dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua...