Perkhemahan Perdana 2010

26/10/2010 09:08

Satu Perkhemahan Perdana akan diadakan di SMKPS 2 pada 28 Oktober hingga 30 Oktober 2010. Pelajar dari unit-unit beruniform dari SMKPS 2 dan sekolah-sekolah sekitar Pokok Sena terlibat dalam perkhemahan ini. Seramai 50 orang pelajar dari SMKPS 2 dan masing-masing 10 orang pelajar dari sekolah-sekolah jemputan menjadikan jumlah keseluruhan ialah seramai 100 orang. Beberapa pengisian aktiviti dirangka untuk memberikan pengalaman kepada pelajar. Tentatif program akan dimasukkan kemuadian.