Jamuan Hari Raya

25/09/2010 09:02

Hari ini,25 September  2010 merupakan hari persekolahan bagi menggantikan cuti sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Sebelum masa rehat, aktiviti P & P diadakan seperti biasa. Selepas rehat, semua pelajar dan guru akan berkumpul di Ruang Serbaguna kantin bagi menyambut sambutan hari raya peringkat sekolah. pelajar akan berkumpul dan akan makan beramai-ramai bagi menampakkan suasana hari raya tanpa mengira kaum dan agama. Selamat Hari raya Aidil Fitri daripada web master.